Pages

Showing posts with label Reminder. Show all posts
Showing posts with label Reminder. Show all posts

Thursday, May 12, 2011

What With The Face???

Topik merapu untuk arini, lagi2 untuk awal pagi... terang2 mencerminkan seperti mood xbaik atau adanya konflik dalaman. Huhuhu memang sejak berpindah ofis ni, berasa kurang selesa dan terasa di anak tiri kan, walaupon dah 2tahun lebih bkerja di company ni. (boleh considered as senior by years laaa kn sebab kitorg sume pon mostly contract staff) Bukan ape, terasa macam berada pada keadaan disadvantage plak coz sebelum ni base kat customer site, and the company dont even recognize you and even staff2 kat ofis ni considered you as freshies plak. What with the face..Why the expression? Seriously, terasa dipandang macam sepanjang masa buat salah. 

Im not freshies hokey, and u're not even my senior or boss. We're at the same company, why dont we be nice to each other. Aku adelah sorang yang kurang nak bersembang2 kat ofis unless there's something to discuss@da bosan tahap hape. But the enviroment here is different and totally different from customer site dolu. Nak kata coz kami kt customer site, that's why we behave? Xjugak... ada jugak bising2 but mostly suka buat hal sdiri and communication was done online even duk sebelah2 aje. (punyalah berat mulut kan...but surely nmpk cam profesional kot :-p). Macam kat sini, everything done verbally, kadang2 konfius sebab whether the discussion was regarding work @ sembang kosong. Sebab everyone nak bercakap serentak... Gelak serentak...argue serentak. Kuat betul semangat 'teamwork' tu. 

Here, we're a like being monitored 24x7, dengan CCTV...rasa macam bkerja as a special agent or something. But depend on you yourself...nk rasa tertekan dgn CCTV tu atau x, but as for me, lantakla... even in front of my boss pon...i just being myself. Nothing to hide... (Atleast CCTV tu is just recording the visual image...puasla aku dok PEACE2 kt whoever yg monitoring tu ahahaha) Hurm, actually bukan semua yg 'with the attitude', some were very welcoming. To be honest, memang aku berat mulut sket...sebab lg suka sesuaikan diri dengan enviroment and analyse org before starting any conversation. But, if anyone starts the conversation, i'm ok with it. Aku layan aje. Aku xsombong...but aku xsuka bercerita/sembang sampai 1ofis boleh dengar. hehheh pemalu orangnya :-p

Berbalik pada yang 'berattitude' itu, sangat la aku rasa bengang kesian... sebab rasanya xde punca pon mereka2 ini nak memberikan expression cmtu coz we're colleague. We're not here to take over your position, your 'glory' ke hape.. if you hv one la kn. We dont mind be friend with you, but please... throw away the attitude. It's killing us. Feels like being treated as disgusting ke hape... Seriously! You're talking with your fren like we're not exist, when you're walking near..rasa mcm you'll langgar ape saja depan you...xmengelak langsung (mmg rude)! lagi2 kalau jalan sebelah cubicle, kadang2 redah aje cubicle orang...bgegar2, why rushing? Rileks la... U dont have to show me yg u're busy than me while im surfing the net kn... We have our own sweet time hokey. Huuhu really i dont understand these guys and pity them to not enjoying their life. 

Nape pity diorg? Of coz la pity.. sebab with the expression and attitude...seems like they're having some problem internally. Semuanya masalah hati... Im sure if dia get rid of perasaan yang xsepatutnya pada org lain, surely she/he'll be easily smiling to others. It's really that easy sebenarnye, tapi xsemua orang bole buat because of perasaan duniawi yg menakluk diri. Kalau kita sedar kekuasaan-Nya, dan kita hanyalah hamba...insyaAllah, perasaan kasih dan sayang sesama umat tu mudah dipupuk. Semuanya bermula dari diri sendiri. Hopefully everything will change to the better!

Ya Allah, Jauhkan lah aku dan keluarga serta sahabat2 ku dari adanya 'masalah' hati, Ya Allah kau bersihkanlah hati kami supaya kami dapat bersatu padu, Jauhkanlah kami dari berpecah belah. Satukanlah hati kami Ya Alah dalam setiap pekerjaan yg kami lakukan. Semoga apa yang kami lakukan sentiasa berada dalam Redha-Mu dan mendapat keberkatan dari-Mu Ya Allah. Amin.

Marah ke? Xmarah...suka =p

Friday, April 1, 2011

Selamat Hari Jumaat!

Saya adelah sgt suka dgn hari Jumaat, pd awlnya mungkin sebab esok adalah weekends! (YEay!!!) Tapi bila difikir2, banyak barakah dan baiknya hari jumaat ni... yg lebih dikenali sbg Penghulu Segala Hari.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”   
(Hadis riwayat Muslim).

Betapa besarnya nikmat hari Jumaat ini, yang tanpa disedari...kita xambil pusing pun. (Ckp pada diri sdiri..astaghfirullah) Rasa alpa sungguh! Yang sepatutnya lebih membanggakan kita sebagai umat Islam, hari Jumaat adalah dikira sebagai 'gathering' untuk kaum Adam memupuk persaudaraan dan hari mencermin diri, membersih hati. Berkumpullah Si Adam bersaudara, membanjiri masjid , mbina ukhwah dan melaung takbir! Allahuakbar!!! Betapa besarnya kuasa Allah... 

Daripada perkongsian dr 1 blog ni menyatakan "Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat."  Wallahua'lam.

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:  
  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: 
    “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: 
    "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah. 
Semalam, IKIM.FM ada membincangkan tentang apakah sumbangan kita terhadap Islam dalam berjihad? Pada time2 ptg selalunya topik lebih menyentuh ke arah produk2 atau rakan niaga, tapi kali ini topik ini dibincangkan. Sangat menarik dan membuka mata pabila seorang pendengar berkongsi tentang hijrah dirinya. Dia menceritakan bahawa dia adalah antara yang leka mendirikan solat Jumaat dan sering menjadikan apa saja alasan untuk tidak menunaikannya. Kadangkala, dia bsama kawan2 akan mcari 'port' untuk mlepak di kedai2 makan sementara jemaah sedang menunaikan ibadah mulia ini. Namun tiba satu Jumaat ini, kejadian dimana dia melihat sekumpulan warga asing pekerja buruh binaan lunch di kedai yang sama dimana dia dan kawan2 berada,selesai makan kumpulan warga asing ini beredar dari kedai makan dan berlari menuju ke masjid ketika anggaran masa 12.50-1tghari. Mereka BERLARI...menuju ke masjid. Allahuakbar! Seperti tamparan hebat dirasakan olehnya kerana selama ini lalai dalam menjalankn ibadat dan pelbagai alasan diberikan. Begitu berbeza sekali dengan warga asing yg bkerja sebagai buruh binaan, dengan pakaian yg dianggap kotor tetapi semangat dan tanggungjawab yang ditunjukkan itu cukup terkesan. 

Sejauh manakah kita menyedari, bahawa setiap dari kita wajib memperjuangkan dan mempertahankan Islam. Jihad! Sejauh manakah kita melakukannya... (mencermin diri...) Marilah kita sama2 memperdalamkan lagi usaha kita dalam menyelami Islam, memahami Islam dan menerapkan Islam dalam kehidupan seharian. Seringkali terfikir, pabila mendengar segmen saudara baru, dalam IKIM.FM...mereka (saudara baru) sering bertanya, kenapa tiada antara kita (umat Islam yg sejak azali..Melayu di Malaysia) melakukan dakwah ke atas mereka, mperkenalkan keindahan Islam pada mereka lebih awal lagi... Allah lebih mengetahui, tetapi Islam di Malaysia rasanya sudah banyak disalah erti oleh masyarakat bukan beragama Islam, bukan saja di Malaysia malah di dunia ini. Persepsi 'Islam' itu sdiri telah dimanipulasi sebagai ganas dan bahaya oleh pihak tertentu, ataupon dicerminkan oleh 'orang2 kita' sdiri. 

Teringat satu kisah diceritakan seorang rakan kepada Encik Nizam...yang mana dia selalu pulang menjenguk ibu bapa dikampung, keadaan ekonomi mereka yang semakin baik kini, hasil titik peluh dan Alhamdulillah rezeki pemberian Allah dikongsi bsama keluarga. Keperluan ibu bapanya tidak dilupakan.. Melihatkan perkara itu, jiran2 bukan seagama memuji tindakan beliau dan isteri, yang mana ia tidak berlaku pada dirinya. Jiran itu mceritakan bahawa dia masih perlu bkerja mencari duit untuk menampung kehidupan seharian walaupun setelah anak2 sudah habis belajar dan bekerja. Anak2 tidak melakukan seperti yang dilakukan oleh rakan ini td. Ini sebenarnya membuka mata kita, yang mana yang indah itu adalah Islam...tanggungjawab yang dijalankan itu adalah atas ajaran Islam yang diterapkan, itu bukan adat Melayu. Kita sebagai anak2 ada tanggungjawab terhadap ibu bapa kita, begitu juga sebaliknya... 

Keberkesanan penerapan Islam dalam hidup anak2 dapat membantu peribadi anak2 kelak. (Cerita da lari sket dr Hari Jumaat ke Islam way of Life tapi basednya tetap sama...iaitu menyentuh tentang Islam). InsyaAllah, semoga kita semua berjaya dalam menegakkn agama Allah, perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. ini. 

Islam itu Cantik , Islam itu Indah. Marilah kita selami dan hayatinya. Selamat Hari Jumaat!

Wednesday, March 30, 2011

Haru Biru

Politic has always be my last prefered topic to discuss... whether politic dalam atau luar negara. Topik ni sangat menyesakkan fikiran. Kenapa begitu? Bcoz there's always ada pergaduhan, perpecahbelahan, fitnah, penindasan dan macam2 lagi. There's one of my friend yang selalu membangkitkan topik politik dalam laman sosialnya.. To me, it's good that he's sharing an issue with others but sometimes, topik tu boleh jadi panas jugak... Maklumla bila dah menyentuh bab politik, ada yang merasakan sensitiviti terusik dan tercalar.

But what I hate most was bila isu agama Islam ini dibelitkan dalam politik sebagai umpan untuk memutarbelitkan fakta. Isu yang sepatutnya jatuh 'haram' ditukarnama nya menjadikan keadaan seperti babi itu tidak lagi haram kerana ia adalah khinzir. (faham ke?) Begitu juga apabila sesuatu pemahaman telah disebarkan, bagi menutup sesuatu agenda, lantas mengakibatkan timbul isu dikalangan rakyat. Ramai yang meminta supaya taraf kesama rataan.. sekularism?!

Salah faham dalam politik ini banyak mengudang buruk daripada baik...sehinggakan ramai diantara muda-muda lebih terjerumus kepada ikut2an dan ada juga mengambil langkah untuk tidak mengundi. Penyebaran berita2 yang berunsur palsu dan fitnah juga telah menyebabkan kita sebagai masyarakat berpecah belah. Kenapa perlu memfitnah dan kenapa perlu berpecah belah. Saya merasakan bahawa suatu parti politik itu ada hak masing2 untuk membuktikan apa yang dipertahankan dan diperjuangkan  kepada rakyat. Rakyat kini makin bijak untuk mbezakan baik buruk sesuatu perkara itu... Hanya dengan professionalisme, ahli2 politik ini dapat menambat hati para pengundi.

Baru2 ni, tersebar cerita tentang video yang sepatutnya, di media massa dan cetak...Saya tidak nmpak motif yang cuba disampaikan, tetapi konklusi dari saya adalah betapa beraninya seseorg itu menyebarkan aib, yang sangat2 dilarang Allah s.w.t... Sesungguhnya Allah telah mencipta makhlukNya itu dgn sebaik2 kejadian. Baiklah kita mencerminkan diri sdiri...xperlu menilai orang lain, namun jika saudara seagama itu harus ditegur, perlu ada cara dan tertibnya...tanpa mengaibkan. Wallahua'lam.

Islam itu Indah, Islam itu Sempurna...

Friday, March 25, 2011

Berjalan Atas Duri

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian pada hari Jumaat yg mulia dan penuh barakah ni mengenai isu 'berjalan di atas duri'. Topik ni adalah topik perbincangan di Warna Pagi radio IKIM FM bersama penceramah undangan Ustaz Syed Mohd Norhisyam. Apa yang bole dirungkaikan dari makna isu ini adalah berkenaan sifat takwa. Sangat detail penjelasan ustaz, yang merangkumi kehidupan seharian kita sebagai manusia, tanggungjawab kepada-Nya juga sebagai insan di muka bumi Allah s.w.t. Begitu juga dengan persoalan dan perkongsian dari para pendengar radio IKIM yang tidak jemu memberi input dan huraian yang bernas! Syabas!!! (Bukan promo utk radio IKIM, tapi salah satu cara dakwah...mengajak pada kebaikan. InsyaAllah. Perkongsian setiap pagi yang sangat bermanfaat!)

Personally, saya memang suka dengar dakwah dari penceramah bebas ni, Ustaz Syed Mohd Norhisyam is one of favorite pendakwah. Kata2nya berjaya menusuk jiwa dan membuka mata si hati kering ini. (huhuh... bukan mudah untuk berdakwah dan diterima ramai) but his approach really has attracted me and made me stunt in front of TV or while listening to radio. Most of us bila dengar ceramah je, baru ustaz or pengerusi majlis intro...mula la gatal tangan switch to other channel. Hehehhe that was normal.. But now, after following his talk, I became more and more interested to listen. 

Anyway, sudah lari topik... Tentang talk pagi td, even Siti and Pian (DJ Warna Pagi IKIM FM) terdiam pabila ustaz mula mengupas mengenai topik ini. Sifat Takwa ini sangat menyeluruh, iaitu menyentuh kepada amanah, tanggungjawab dan kepercayaan. Ada diceritakan juga tentang penyebaran fitnah kepada diri Aisyah r.a. (isteri Nabi Muhammad s.a.w) yg pernah didakwa berzina oleh orang munafiq. Na'uzubillah... Sampai ke pengetahuan isteri Ayoub (xcompletely ingt siapa...) dan dia menyampaikan kepada suaminya bahawa Aisyah r.a. telah berzina. Maka, soalan Ayoub pada isterinya, jika kamulah...adakah kamu akan berzina? Maka jawab si isteri...tidak sama sekali. 'Jelas, Aisyah r.a. jauh sekali akan membuat perkara demikian kerana sesungguhnya dia adalah lebih kuat keimanannya dari kamu' jawab ayoub pada isterinya. Wallahua'lam. Apa yang dapat dirumuskan disini adalah sifat takwa ini mencermin dan mengukur kepercayaan dan keimanan seseorang. Fitnah yang dilontarkan kepada 'Ummul Mukminin' itu adalah satu kisah sebagai pengajaran kepada kita bagaimana fitnah itu tersebar dan bagaimana kita sebagai umat Islam berhadapan dengannya. Jelas sekali Ayoub adalah seorang yg penuh ketakwaan dalam diri. Ustaz Norhisyam juga ada menyebut bahawa, kita telah dikira sebagai bersubahat dalam penyebaran fitnah itu walaupun dengan hanya mengiyakan... Selain itu, dosa memfitnah ini hanya akan terlerai apabila yang diaibkan bebas dari tuduhan palsu itu bilamana si penfitnah ini declare kepada khalayak ramai yang ia hanyalah fitnah semata. Wallahua'lam.

Dalam perbincangan ini ada juga membincangkan takwa dari segi amanah. Amanah terhadap tanggungjawab..contohnya sebagai pekerja dan majikan. Ini biasa berlaku, saya pon xlari darinya... Astaghfirullah... There was a phone call from pendengar IKIM bertanya soalan yang begitu interesting that is, 'Perkataan takwa itu selalu disebut dimulut, tetapi xsampai dihati...maknanya... Sekarang kita berjalan pon dah xrasa sakit even duri tu da mencucuk2 kaki...macamana yer ustaz?' (Ayat telah diubah suai mengikut pemahaman...akibat xingt ayat yg exact) Benar, kadangkala kita leka dan lalai walaupun seringkali kita menyebutnya...tapi tindaktanduk kita tidak mencerminkannya. Ustaz ada mengatakan tentang penerapan akidah dalam diri adalah penting.  Bak kata ustaz, menjadi orang yang berkira dalam menjalankan ibadat dan tanggungjawab, sehinggakan dosa '20sen' pon kita xsanggup nk buat. Mengupas tentang surah luqman (ulasan perkongsian),dimana luqman menasihati dan membimbing anaknya dalam menjadi Umat Islam yang beriman dan bertakwa pada Maha pencipta dan sekalian makhluk. Jika dibandingkan dengan masa kini, ramai ibu bapa menerapkan rasa takut itu pada 'hantu' dan kepercayaan karut. Kenapa tidak dijadikan dan diterapkan bahawa Allah lah yang berkuasa dan takut pada-Nya.

Semoga menjadi iktibar. Banyak lagi kisah dan perkongsian pagi tadi, yang gagal saya kongsikan. Tidak lengkap rasanya, tapi...harapan agar kita dapat dengar perkongsian seterusnya pada Jumaat akan datang InsyaAllah. Semoga hiburan itu bukan sahaja untuk halwa telinga, malah dapat membersihkan hati dan jiwa dari noda2 dan titik hitam yang menggelapkan hati..InsyaAllah.

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat.  Untuk manfaat bersama =)

Wednesday, March 23, 2011

You Were Born Beautiful

Beauty? Beautiful? Perkataan 'cantik' yg di'translate' dr 'beauty' boleh dijelaskan dengan byk maksud dan pelbagai jenis huraian. Cantik dari sudut lahiriah atau batiniah. Terlintas untuk tulis tentang topik ni disebabkan beberapa perkara yang mengganggu minda, lantas mencari bahan bacaan sebagai reference... Antara favorite blogger dan ustaz yang terkenal dan aktif diblog ialah ustaz ' Saiful Islam' atau nama sebenar Ustaz Hasrizal. Disini beliau berkongsi cerita dan pandangan tentang isu yang sdg saya kupas. 

Apa yang saya boleh katakan disini, bahawa kebanyakkan wanita zaman ini menafikan hak yang telah Allah berikan dan yang telah diperjuangkan Rasulullah s.a.w. Mengapa begitu? Allah telah terang2an memuliakan hak wanita dan Rasul-Nya juga telah berusaha membuang dan menghapuskan perspektif tentang wanita sejak dari zaman arab jahiliah dahulu, mengapa kita umatnya sekarang dengan mudah dan bangga menghambakan diri terhadap kecantikan mengikut budaya barat?

Perasaan runsing dan risau melihat lambakan gambar dilaman sosial muda mudi dengan pelbagai aksi yang jelas mencemar maruah dan harga diri mereka. Namun, sedarkah mereka? Terasa sedih dan sayu melihat gambar2 ini terpampang, sedangkan kita saudara seagama tidak mampu menegur dan berkata apa2. Mereka seakan2 bangga dengan apa yg dimuat turun. Geleng kepala...Teringat kepada Atok (nenek) yang pernah mengutarakan kerisauannya, antara perbualan biasa adalah tentang cucu2 yang kian dewasa dan membesar. Atok sentiasa risau akan cucu2 perempuannya yang sering tidak mengendah akan nasihat yang diberikan, namun atok tetap tegas dengan pendiriannya untuk tetap menegur walau tidak membuahkan hasil. Sayu hati tua itu menceritakan...Tegarnya dia menegur kerana tanggungjawabnya, saham akhiratnya, sayangnya dia pada si cucu ini. Seringkali 'Si Tua' itu berdoa agar diberikan Allah petunjuk agar mereka menemui iman sejati...

Kita sebagai umat Islam wajib memberi ingatan kepada sesama saudara dalam menyebarkan syiar Islam. Namun seberapa tabah dan tegaskah kita dalam tanggungjawab ini? Allah telah mencipta kita sebaik2 kejadian, mengapa perlu mengubah sesuatu kejadian Allah yang cantik itu? mengapa perlu ditayang dan di'expose' kepada khalayak sedang kita Umat Islam mengetahui hukum halal haram, serta aurat kita terhadap mahram dan sebaliknya. Kita, wanita tidak perlu menghambakan diri untuk menjadi tatapan umum kerana ia hanya akan menyebabkan kerugian dan mengundang kebinasaan pada diri sendiri. Jenayah rogol, sumbang mahram kian menular...akibat runtuhnya Iman dalam diri individu, kurangnya kepekaan kita sebagai wanita menjaga aurat walaupun dirumah. Kita sendiri yang mengundang bahaya ini. Namun, teraniayanya anak2 kecil akibat kerakusan bapa, abang dan penjaga akibat kelalaian manusia terhadap hak dan tanggungjawab mereka pada si kecik ini. 

Wanita Islam itu cantik pabila bertudung litup, menutup auratnya dan penuh dgn sopan santun pabila bicara. Lebih manis dilihat begitu jika dibanding dengan wanita yang terdedah auratnya, dengan rambut mengerbang yang tanpa segan silu meniup asap rokok...berkepol2 diudara, gelak terbahak2. Apa pendapat anda? Yang mana lebih cantik dan manis? Ingatlah wanita2, 4 orang yang bakal ditarik bersama kita untuk dihitung amal...kerana mereka bertanggungjawab terhadap apa yang telah kita lakukan iaitu Bapa, Saudara Lelaki , Suami dan anak lelaki. Tidakkah ada rasa bersalah terhadap mereka walau sedikit pon, begitu besar tanggungan mereka terhadap kita.



Walau tidak dapat menegur secara terang2an namun sedikit kata2 nasihat dapat dikongsi disini bagi pedoman semua.

Wahai adik,
Kelahiranmu adalah detik indah bagi Ibu dan Ayah,
Kau kelihatan sangat suci dan cantik, 
SubhanAllah...
Bak kain putih yg tanpa adanya noda,
Setiap yang ada padamu adalah kesempurnaan kurniaan Yg Maha Esa,
AllahuAkbar.

Namun Adik,
Satu ketika ku lihat kau dewasa,
Dengan mempunyai personaliti yang jauh berbeza,
Begitu juga penampilanmu yang berlainan,
Kau mengubah segalanya,
Segala kecantikan dan kesucian yang dikurniakan sejak azali,
Kau kelihatan berbeza,
MasyaAllah.

Adik,
Tidak pernahkah kau terfikir jasa ibu dan ayah,
Tulang empat kerat itu melahirkan,
'Si Tua' itu jugalah yang membesarkan,
Penat dan lelah mereka tak terbalas oleh kita,
Namun, 
Sanggupkah adik menyeksa mereka di hari perhitungan,
Sanggupkah adik melihat 'Si Dia' menderita akibat perbuatan adik?
Mengapa sampai begitu sekali?
Astaghfirullah...

Adik,
Dalam hati kecil ini tersentuh rasa sayu,
Sayang tak berbelah bagi dan kerisauan yang menggunung,
Moga aku dikurniakan kekuatan bagi membantumu,
Agar aku diberikan keyakinan untuk membimbingmu,
Harapan semoga, tidak hanya aku yang berjaya dengan ujian dari-Nya,
Ku harap kau pon sama.
InsyaAllah.

Adik,
Ku pernah terbayang kau sangat cantik,
Kau sangat menarik,
Tatkala kau mengenakan hijab dan menutupi auratmu,
Hati ini menjadi gembira dan bersyukur,
Kau sangat cantik dan menarik,
Dengan kau menjadi muslimah sejati,
Dengan kau memelihara maruah diri,
Alhamdulillah.

You  were born beautiful... Undeniable. It's Allah creation. SubhanAllah.


Tuesday, March 22, 2011

Pregnancy - Weight Management - Food Craving

Macamana nk maintain weight gain yg necessary while pregnant and how to control the craving of food? Arghhh sgtla susah hokey! As for me, after few months ni I think my appetite da mcm uncontrollable and unstoppable. Even encik nizam or my colleague pon akan geleng2 kepala if I eat or buy something else after finished  one. hahahha :-p Logik x mcm tu? Penat jugak fikir. Latest check up, at 27 weeks i've gained another 2kg and my baby weight was just almost a kilo... Actually I started gaining weight on my 5 months ++, with 2 additional kgs from previous checkup. Normal kah kenaikan berat badan itu? Chronology of my weight during pregnancy was (seingt daku laaa ... ) : 

Me before pregnant : 52kg
Me at 3 months      : 52.5kg
Me at 4 months      : 52kg

Hani - Ina - Me n bb @ 4months
Me at 5 months      : 54.5kg
Me at 6 months      : 56.5kg

Memang xbyk sgt gaining weight, but my concern is 2kg per months tu acceptable ke? uhuhu Puan Doc xde ckp pape pon about me gaining 2kgs per months. I hope nothing's wrong... The thing is my appetite ni da xdpt nk control, if i keep on like this then at the end how will it be, still 2kg or more? haishhhh... geramnye! Geram dgn selera makan ni. Da la pantang tgk makanan especially chocolate, choc cakes and kuih2 manis. Aarghhh cannot resist!

I'll make sure I've this stock at home! And encik nizam will always avoid 'this' section while shopping! ahahahah

Craving for this, but hv to control. Mahal kn :p

Choc Indulgence! Auwww

Kuih Bakar hv been my fav even before pregnancy yaa...

Mud cake..the moist, soft texture and when it melts in the mouth...owhhh!!!

Some say that when the baby is a girl, u'll be craving somthing sweet... ( I dont know whether it is true or just a coincident) but true, that i'm craving for this all. Encik nizam always advise me to take good food for baby...sometimes i get to thinking whether he's really concern bout me or the baby hahahah... Well, to be positive.. it's for my own good whereby the baby's health also my concern and my health issues also will be affected her.. kn? 'Makan jekla ape2 slagi boleh, nnt da bersalin..dlm pantang.. xde maknaye lagi'...Terngiang2 dgr suara org ckp benda yang sama...tapi of cozla daku xberani nk makan pelik2 kn..uhuhuh even now, mangga pon da xbape nk suka. :p Gladly, time pregnant, baby always hv the same taste of food as me. Baby pon xsuka doyan~ Me too dun like!

Whatever pon, this is what i get from pregnancy.about.com
First of all, no matter what you weigh prior to pregnancy you must gain weight. Women who are clinically obese still need to gain at the minimum 11 pounds, and women who are underweight need to gain more than the average statement of 25-35 pounds, usually at least 10-15 pounds more depending on the severity of the weight problem. As in babycentre.co.uk weight estimator table...

 

And what I did, I checked for the pregnancy weight gain estimator at babycentre.co.uk. From the summary, it says that 'You will probably gain 11.3 kgs - 15.9 kgs during your pregnancy.' So, my problems solved! hahaha (solve ke?) as stated, i've normal weight and should be gaining about 1.6kg- 2kg per months! Kne make sure that next time... gain dalam range itu! Huhhh semangat!!! Anyhow, most important here are few reminder for me, and mother-to-be out there too! 
  • Be concern bout your health
  • Eat healthy food!!! You dont want ur baby eating junk rite?! (uppsss sori if it's offensive)
  • Do execises though it's just a walk to the parking (it's me) or walking up and down the stairs (that's me too...coz i've to get my food supply downstairs hahahah)
  • Be positive about everything (best thing is stay away from getting annoyed by others..just plug in your earphone hahah and ignore them! sobsob if i could hv 1! encik nizam can I lend yours? Or... its better if I hv my own... ^o^)! :-p
  • Dont forget to smile!!! =)
  • Always concern and treat your partner well! Coz sometimes, some think that pregnancy is all 'me' that being pregnant, and 'me' is in emotional state or whatsoever. But, it's not right to only hv the spotlight to yourself. 'He' also hv the right to enjoy your pregnancy moment together with you. 'He' also wants to feel and know your condition as if he's in your shoe. Dont get too emotional, or even better...dont even start to be emotional. Share it together and love each other even more! 'Syurga isteri dibawah tapak kaki suami'... eloklah sentiasa bermaafan dgn suami, lebih2 lagi ketika mgandung!
I'm enjoying my pregnancy moment! Hope u all enjoying it too! 

Wednesday, March 16, 2011

Bencana Alam dan Hikmahnya

Setiap sesuatu kejadian ada hikmah disebaliknya dan peringatan bagi umat-Nya yang mahu berfikir.

Firman Allah bermaksud: 
Dialah Tuhan yang mencipta mati dan hidup untuk menguji kamu, apakah kamu yang lebih baik amal perbuatannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
(Surah al-Mulk, ayat 2). 

Terbaru adalah kejadian Tsunami yang menimpa Jepun, yang mana mendapat liputan dunia. Bencana ini pernah menimpa Malaysia sebelum ini dan kini Jepun sebagai sasaran. Apakah hikmah disebalik bencana alam ini, apakah yang cuba disampaikan oleh Maha Esa kepada kita hamba-Nya? Sama2 kita renungkan. Dalam mengulas tentang bencana alam yang terjadi ini, pertamanya marilah sama2 kita bersyukur terlebih dahulu, kita terselamat daripadanya, namun kejadian seperti ini sangat2 tragis dan ucapan takziah pada penduduk Jepun dan mangsa2 Tsunami. Tidaklah lengkap iman setiap insan jika tiada belas dan kasihan pada saudara-saudaranya. 

Bersabda Rasulullah s.a.w: 
“Kalian tidak akan masuk syurga sebelum kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman sebelum kalian saling mengasihi satu sama lain. Maukah kalian aku tunjukkan suatu perkara yang bila kalian kerjakan bakal menyebabkan kasih sayang di antara kalian? Sebarkan ucapan salam di antara kalian.” 
(HR Muslim)

Pentingnya ucapan istirja' ketika ditimpa musibah atau bencana sebagai mengingatkan kita kepada kekuasaan-Nya dan kita sebagai hambanya hanya mampu berserah dan bersabar.  

  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡َ رَاجِعُÙˆْÙ†َ
 “Sesungguh kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Apa yang diperlihatkan daripada liputan2 berita menunjukkan ketabahan mangsa tsunami dan rakyat2 Jepun dalam menangani musibah dan ujian ini. Walaupun kesedihan dan kerugian yang dialami mereka, namun dari perspektif yang dapat dilihat mereka tenang menghadapinya. Saya kagum! Alhamdulillah, mereka tidak berputus asa dan cekap menangani situasi ini. Adakalanya terfikir, jika ditimpakan Allah kepada kita musibah sebesar ini, mampukah kita sebagai umat-Nya bersabar dan tenang? Mampukah kita redha dan tidak menyalahkan qada' dan qadar-Nya? Wallahua'lam... Minta dijauhkan musibah ini, namun kita sebagai hamba-Nya hanya mampu redha atas setiap ketentuan yang bakal menimpa. 

Takziah, takziah dan takziah pada mereka yang ditimpa musibah dan diuji oleh-Nya, sesungguhnya ia juga adalah sebagai peringatan kepada yang lain. Namun ada juga kata2 yang tidak elok, seperti gah dan bangga mengatakan bahawa ia adalah akibat angkara dan perbuatan penduduk2 negara itu. Haruslah kita beringat2 atas setiap yang dikeluarkan dari mulut dan perbuatan kita.

 Allah berfirman
Ø¥ِÙ†َّ اْلإِÙ†ْسَانَ Ù„َÙŠَØ·ْغَÙ‰. Ø£َÙ†ْ رَآهُ اسْتَغْÙ†َÙ‰
“Sesungguh manusia benar-benar melampaui batas kerana dia melihat diri serba cukup.”


Secara peribadi saya berpendapat bahawa, hanya Allah mengetahui apa yang ditimpakan oleh-Nya pada setiap individu. Tsunami yang melanda ini samada adalah akibat dari kerosakkan yang dilakukan manusia atau adalah proses semulajadi alam, semuanya adalah diluar pemikiran kita. Disebabkan itu kita xboleh menilai dan meletakkan salah pada mereka yang ditimpa bencana ini dan yang terbaik adalah membantu sedaya mungkin, memberi sokongan bagi mereka terus gigih membentuk semula kehidupan serta sebagai umat Islam, kita berdoa agar saudara2 kita ini sihat sejahtera. Meringankan beban yang ditanggung adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah dan membantu mereka, menuding jari bukanlah penyelesaiannya.

Sedikit paparan kejadian tsunami di Jepun bagi iktibar kita bersama. (Cdt to http://melayukini.net )

Tsunami setinggi 10 meter yang melandar bandar Iwanuma

Lapangan Terbang Sendai selepas dilanda oleh tsunami setinggi 10 meter

Pusaran air sebelum tsunami di pantai Ibaraki

Kebakaran di tempat penapisan minyak Ichihara selepas gempa bumi berlaku

 Beristighfar dan bermuhasabah diri. Marilah kita sentiasa beringat2!

Tuesday, March 15, 2011

Ganjaran



Wang, Duit, Keuntungan ... Siapa yang xsuka kn? Terutama bila ia adalah hasil daripada titik peluh, penat lelah berkerja. Setiap tahun, ada saja company yang  telah meraih untung hasil dari perniagaan menunjukkan penghargaan pada setiap pekerjanya berdasarkan pernilaian prestasi dan komitmen yang dipamerkan pekerja tersebut. Begitu juga bagi setiap pekerja, menantikan sesuatu berita baik yang bakal memberikan impak pada prestasi kerja pada masa hadapan. Namun, xsemua mengapai apa yang diimpi, menerima berita baik ataupun dinilai prestasi walaupun setiap tahun memberikan komitmen terhadap kerjaya 100%. Itu semua bergantung kepada rezeki dan qada' dan qadar Allah. Kita sebagai umat-Nya hanya mampu redha, berserah dan serterusnya berusaha yang terbaik.

Perlukah ganjaran seperti itu diberikan? Wajarkah ganjaran itu dijadikan sebagai peransang pada setiap pekerja untuk memberikan komitmen untuk bekerja? Apa pendapat anda?

As for me, memang penting, perlu dan wajar sekali jika company itu menunjukkan dan memperolehi keuntungan pd tahun tertentu kerana ia juga adalah hasil daripada apa yang diusahakan para pekerja. Selain itu, dengan memberikan ganjaran pada pekerja, lebih2 lagi berdasarkan pernilaian prestasi ia dapat meningkatkan daya saing antara pekerja untuk bekerja dengan lebih tekun lagi. Jika tidak ada keuntungan berganda yang diperolehi sekali pon, sedikit sagu hati juga boleh diberikan sebagai tanda penghargaan atas budi bicara pihak atasan sesuatu company. Itu hanyalah satu pendapat. Bagi yang pernah mendapat ganjaran daripada pihak atasan, bersyukurlah dengan setiap rezeki yang diberikan. Bagi yang tidak pernah mendapat ganjaran itu, tidak semua rezeki diberikan Allah seperti yang kita inginkan kerana Dia mengetahui setiap sesuatu dan mungkin juga ia diberikan dalam bentuk yang lain. Yang penting, kita sentiasa bersyukur. Wallahua'lam.

Apa pun... berita dari pihak atasan sedang ditunggu oleh kawan2, samada mendapat berita baik atau sebaliknya...sama2 kita tunggu. Hanya pesanan, janganlah meletakkan harapan yang tinggi atas setiap perkara dan khabar angin yang disampaikan melalui sumber yang tidak sahih. Takut2 kecewa nnt.. :-) 

Alhamdulillah atas setiap rezeki dan rahmat yang diberikan oleh-Nya.

Thursday, March 10, 2011

Emosi Marah dan Penyelesaian

Didalam hadis nabi yang bermaksud:
“Daripada Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki berjumpa dan berkata kepada Rasulullah s.a.w: “berilah wasiat kepadaku” lalu Rasulullah bersabda kepadanya “jangan marah”. Lalu lelaki itu mengulangi pertanyaannya berulang kali, sabda Rasulullah: “jangan marah”.

Pernah berasa marah??? Marah pada seseorang, pada kejadian yg berlaku atau apa saja. Seperti ayat di atas, kemarahan adalah perkara yg berulang kali ditegah dan diseru oleh Rasulullah s.a.w. supaya dielakkn. Ini adalah kerana kemarahan seumpama bara dari api neraka. Nauzubillah...

Perasaan marah tanpa dikawal akan membuak2 akibat dari bisikan syaitan dan iman yang lemah. Apabila gagal dikawal, pelbagai kejadian tak diingini berlaku dan diri seseorang menjadi tak rasional dan kelak menyesal atas perbuatan yang tak disengajakan. Keaadaan hilang kawalan ketika marah ini sinonim dengan ketidakwarasan fikiran. Sebenarnya, ketika kita sedang marah, ia menunjukkan kelemahan kita ketika mana ia dilepaskan tanpa pertimbangan yang waras. Begitulah yang di anjurkan Rasulullah s.a.w dan sifatnya yang patut dicontohi, sifat sabarnya yang sangat dikagumi para sahabat dan kita sebagai umat Islam. 

Sejarah ada menceritakan tentang sifat Muhammad s.a.w ini dimana baginada mempunyai seorang jiran yang berbangsa yahudi, yang mana jiran  ini sangat2 ingin benci akan Rasulullah s.a.w. Pelbagai perkara dilakukan seperti dicampakkan najis , dibiarkan duri ditgh jalan baginda dan sebagainya.Namun, baginda ini sangat2 penyabar orangnya, tidak satu perkara pon dibalas. Sehinggalah suatu hari, dimana baginda sedar tiada lagi kejadian seperti ini berlaku selama beberapa hari. Baginda menjadi runsing dan pelik. Lalu baginda membuat keputusan untuk menziarahi jirannya itu. Didapati, jirannya terlantar sakit, dan baginda telah membalas apa yang dilakukan dengan menjaga jiran yang sakit itu sehingga sembuh. Sifat Rasulullah yang sangat mulia itu telah menyedarkan dan membuka hati jirannya untuk memeluk Islam. Allah Maha Berkuasa. Wallahua'lam.

Begitu tinggi tahap kesabaran baginda yang perlu dicontohi, jika dibandingkan dengan ujian yang kita hadapi setiap hari tidaklah dapat dibandingkan dengan ujian ke atas baginda. Namun kita mudah hilang kawalan dan pertimbangan atas sesuatu qada' dan qadar Allah itu. Ada pelbagai cara yang dianjurkan dalam Islam bagi mengawal kemarahan dan mendapatkan ketenangan fikiran dan emosi. Penawar hati... 

Kekuatan itu bukan terletak pada orang yang pandai bergelut, tetapi ia terletak pada orang yang pandai menguasai nafsunya ketika marah
(Riwayat Al-Bukhari)
Antara penyelesaian bagi mengawal kemarahan adalah:-
  • Perbandingan antara ujian yg berlaku ke atas kita dan Rasulullah lantas mjadikan baginda sebagai idol.
  • Sentiasa beringat akan kesan kepada setiap perkara yang bakal berlaku akibat hilang pertimbangan.
  • Sentiasa berzikir dan berdoa kepada Allah agar dijauhkan dari bisikkan syaitan dan terpelihara dari sifat yang berlebih-lebihan.
  • Mengubah keadaan atau posisi diri ketika sedang marah. Imam Ahmad dan Abu Daud meriwayatkan daripada Rasulullah bersabda yang bermaksud:
    “Apabila salah seorang daripada kamu marah dalam keadaan berdiri, hendaklah dia duduk, sekiranya dia melakukan demikian boleh menghilangkan kemarahannya dan jika tidak, maka hendaklah dia berbaring.”
  • Berdiam diri dan beristighfar bagi mengelakkan mengeluarkan perkataan yang tak diingini. 
  • Berwuduk seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w :

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dijadikan daripada api. Maka, barangsiapa yang marah hendaklah dia berwuduk.”

Redha diatas setiap ketentuan Allah dan bersyukur bahawa setiap ujian dari-Nya ada hikmah disebaliknyaSemoga kita tgolong dari org2 yang bersabar dan dijauhi dari azab api neraka. Amin.

Kesabaran menguji iman setiap insan. Be patient ya!

Wednesday, March 9, 2011

Motivation to BF

Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” 
(Surah Al-Baqarah, ayat 233)


BF is a favourite term used by mummies out there, its a shortform to breastfeeding. Im in my 27 weeks now, nearly 7 months. Feels like kejap jek mrasa being pregnant, walaupon sbnrnye 7 bulan adalah lama and my baby da start menjadi sangat2 aktif. But timing baby aktif is already predicted by me. The due is coming closer, by now I should be thinking bout preparing persiapan untuk menyambut orang baru. What, When, Where, Which, Who, How??? (rileks2~)

Antara persiapan yang perlu ada ialah mentally prepared for BF. Encik nizam sangat2lah menggalakkan BF and he even gave me a lot of info regarding BF ni kalo die jumpa while surfing internet. (semangat kan ayah kamu, baby??? hikhik) Mana taknya, susu ibula khasiat  dan sumber yang paling penting untuk baby pada masa 6bulan pertama ia dilahirkan. Banyak jugak blog2 dan forum2 yang berkongsi pengalaman, cara dan info tentang BF ni, ianya sgt2 membantu  and motivate untuk BF ni.Daripada pembacaan,apabila start BF, ibu2 yang baru melahirkan sukar untuk supply susu (susu xbanyak) tapi semangat untuk ibu itu tidak berputus asa adalah penting. Its a 'Supply & Demand' process.

Lagipon ada banyak hikmah disebalik BF ni, dalam islam juga digalakkn para ibu untuk BF anak2 yang baru dilahirkan. There's a tazkirah @ halaqah tentang cara2 mdidik anak2, xingt tengok kt TV or dengar di IKIM. Ada dikatakan bahawa asas seseorg bayi itu dibentuk ketika mana didalam kandungan ibunya dan pada awal kelahiran. Pabilamana si bayi diberikan sumber makanan baik, halal dan berkat terbentuklah akhlak yang baik dalam dirinya dan sebaliknya. Jika  berupaya bagi si ibu memberikan susu ibu kepada bayi, maka terhindarlah dari jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi dan terbentuklah 'akhlak manusia' pada bayi tersebut disamping memberi impak positif dari segi perkembangan mental dan fizikal. Wallahua'lam.

As for my preparation utk BF, I think for the time being banyakkan mbaca info2 dan pengalaman dari orang lain, which is really helpful. Most of them encouraging and even offering a help if there's any doubt and needs motivation. Selain dari tu, da survey2 breastpump and accesories yang available dalam pasaran sekarang such as Medela, Avent, Pureen etc.  Another thing is whether nk electric or manual (i wish for electric!!!! of coz..zaman skang sume nk cepat and by the way, it is recommended. uhuhu ) Teringin nk ade Medela freestyle sbb byk gak function dia, but as a first-timer better hold dlu la yg tu. Try dlu Medela swing, then... kalo rasa mampu dan worth to buy and upgrade, br bli. 

Anyway, masih dalam list. Nak beli bila,nnt tnya Encik Nizam! ehhehe excited jek lebey :p hopefully dapatla menjalankan tanggungjawab menyusukan ini dengan baik dan consistent! 





























Consistent and Committed! InsyaAllah...





Monday, March 7, 2011

Oh Mother!

I've just finished reading a blog, belongs to a friend of mine. Xclose pon, she's a colleague at the company im working now.Ever since I followed her blog, i've became attracted and addicted to read more bout her and her writing. kind of inspirational gakla... hehheh. You can read it too. Her recent post was about her journey of delivering a son, Adam Qaiser (Cantik nama dan maksudnya). Sangat2 menyentuh hati dan perasaan, reading while eating cekodok...n my eyes became watery. hahahah mmg kelakar kalau org tgk tanpa tahu ape yang sedang dilakukan. but...seriously, what i've read is something unforgetable to her. She's really tough! I dont know if it happens to me, how do i take it? I've been updating her condition, even before she's been admitted and warded.


Alhamdulillah, everything went well (walaupon ada kejadian yang suspen), the baby and her was safe and healthy now. And i think wow...the experience was so shocking, antara hidup dan mati. I will experience the same thing but differently... but Im praying to Allah that everything will turn up well.

'Dear Allah, please give me strength that I need to face the journey of mine. Dear Allah, let me face the difficulties with a lot of patience and redha. Only You that knows what best for me and others. Whatever might turn up without my concern and that is unimaginable to me, do help me to endure and bear it without any complaints, anger and sigh...'

True, others experience gives us a lesson to learn. And that's what i should be sharing too, if I have one. Her courage has made me thinking, what experience has my mother gone through when she's having me? (have u ever thinking bout it?) Seriously, we should be grateful  to Allah  that we've been living in this world for years, We should be thankful and served our mother right that she's been through a lot of pain and difficulties to have us. Thank you mother, Thank you mama, Thank you Mak, Thank you Umi, Thank you Ibu and whatever you called her. Let's thanked her! Give hugs, kisses and doa...(I became so emotional huhuhu)





Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.



Be thankful and grateful for everything you have and serve your parents right!