Pages

Friday, April 1, 2011

Selamat Hari Jumaat!

Saya adelah sgt suka dgn hari Jumaat, pd awlnya mungkin sebab esok adalah weekends! (YEay!!!) Tapi bila difikir2, banyak barakah dan baiknya hari jumaat ni... yg lebih dikenali sbg Penghulu Segala Hari.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”   
(Hadis riwayat Muslim).

Betapa besarnya nikmat hari Jumaat ini, yang tanpa disedari...kita xambil pusing pun. (Ckp pada diri sdiri..astaghfirullah) Rasa alpa sungguh! Yang sepatutnya lebih membanggakan kita sebagai umat Islam, hari Jumaat adalah dikira sebagai 'gathering' untuk kaum Adam memupuk persaudaraan dan hari mencermin diri, membersih hati. Berkumpullah Si Adam bersaudara, membanjiri masjid , mbina ukhwah dan melaung takbir! Allahuakbar!!! Betapa besarnya kuasa Allah... 

Daripada perkongsian dr 1 blog ni menyatakan "Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat."  Wallahua'lam.

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:  
  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: 
    “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: 
    "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah. 
Semalam, IKIM.FM ada membincangkan tentang apakah sumbangan kita terhadap Islam dalam berjihad? Pada time2 ptg selalunya topik lebih menyentuh ke arah produk2 atau rakan niaga, tapi kali ini topik ini dibincangkan. Sangat menarik dan membuka mata pabila seorang pendengar berkongsi tentang hijrah dirinya. Dia menceritakan bahawa dia adalah antara yang leka mendirikan solat Jumaat dan sering menjadikan apa saja alasan untuk tidak menunaikannya. Kadangkala, dia bsama kawan2 akan mcari 'port' untuk mlepak di kedai2 makan sementara jemaah sedang menunaikan ibadah mulia ini. Namun tiba satu Jumaat ini, kejadian dimana dia melihat sekumpulan warga asing pekerja buruh binaan lunch di kedai yang sama dimana dia dan kawan2 berada,selesai makan kumpulan warga asing ini beredar dari kedai makan dan berlari menuju ke masjid ketika anggaran masa 12.50-1tghari. Mereka BERLARI...menuju ke masjid. Allahuakbar! Seperti tamparan hebat dirasakan olehnya kerana selama ini lalai dalam menjalankn ibadat dan pelbagai alasan diberikan. Begitu berbeza sekali dengan warga asing yg bkerja sebagai buruh binaan, dengan pakaian yg dianggap kotor tetapi semangat dan tanggungjawab yang ditunjukkan itu cukup terkesan. 

Sejauh manakah kita menyedari, bahawa setiap dari kita wajib memperjuangkan dan mempertahankan Islam. Jihad! Sejauh manakah kita melakukannya... (mencermin diri...) Marilah kita sama2 memperdalamkan lagi usaha kita dalam menyelami Islam, memahami Islam dan menerapkan Islam dalam kehidupan seharian. Seringkali terfikir, pabila mendengar segmen saudara baru, dalam IKIM.FM...mereka (saudara baru) sering bertanya, kenapa tiada antara kita (umat Islam yg sejak azali..Melayu di Malaysia) melakukan dakwah ke atas mereka, mperkenalkan keindahan Islam pada mereka lebih awal lagi... Allah lebih mengetahui, tetapi Islam di Malaysia rasanya sudah banyak disalah erti oleh masyarakat bukan beragama Islam, bukan saja di Malaysia malah di dunia ini. Persepsi 'Islam' itu sdiri telah dimanipulasi sebagai ganas dan bahaya oleh pihak tertentu, ataupon dicerminkan oleh 'orang2 kita' sdiri. 

Teringat satu kisah diceritakan seorang rakan kepada Encik Nizam...yang mana dia selalu pulang menjenguk ibu bapa dikampung, keadaan ekonomi mereka yang semakin baik kini, hasil titik peluh dan Alhamdulillah rezeki pemberian Allah dikongsi bsama keluarga. Keperluan ibu bapanya tidak dilupakan.. Melihatkan perkara itu, jiran2 bukan seagama memuji tindakan beliau dan isteri, yang mana ia tidak berlaku pada dirinya. Jiran itu mceritakan bahawa dia masih perlu bkerja mencari duit untuk menampung kehidupan seharian walaupun setelah anak2 sudah habis belajar dan bekerja. Anak2 tidak melakukan seperti yang dilakukan oleh rakan ini td. Ini sebenarnya membuka mata kita, yang mana yang indah itu adalah Islam...tanggungjawab yang dijalankan itu adalah atas ajaran Islam yang diterapkan, itu bukan adat Melayu. Kita sebagai anak2 ada tanggungjawab terhadap ibu bapa kita, begitu juga sebaliknya... 

Keberkesanan penerapan Islam dalam hidup anak2 dapat membantu peribadi anak2 kelak. (Cerita da lari sket dr Hari Jumaat ke Islam way of Life tapi basednya tetap sama...iaitu menyentuh tentang Islam). InsyaAllah, semoga kita semua berjaya dalam menegakkn agama Allah, perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. ini. 

Islam itu Cantik , Islam itu Indah. Marilah kita selami dan hayatinya. Selamat Hari Jumaat!

3 comments:

Rosie Rose said...

hiii! wahhh another geng mommy-to-be nihhh.. expecting baby boy ke baby girl nihhh??? :)

Puan Nurul said...

hi rose! Baby girl =)

pu3 said...

"jom shopping2 sini juga..mcm2 ada..stroller toys walker playmat ..kids cloths"
http://pu3store.blogspot.com