Pages

Wednesday, March 16, 2011

Bencana Alam dan Hikmahnya

Setiap sesuatu kejadian ada hikmah disebaliknya dan peringatan bagi umat-Nya yang mahu berfikir.

Firman Allah bermaksud: 
Dialah Tuhan yang mencipta mati dan hidup untuk menguji kamu, apakah kamu yang lebih baik amal perbuatannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
(Surah al-Mulk, ayat 2). 

Terbaru adalah kejadian Tsunami yang menimpa Jepun, yang mana mendapat liputan dunia. Bencana ini pernah menimpa Malaysia sebelum ini dan kini Jepun sebagai sasaran. Apakah hikmah disebalik bencana alam ini, apakah yang cuba disampaikan oleh Maha Esa kepada kita hamba-Nya? Sama2 kita renungkan. Dalam mengulas tentang bencana alam yang terjadi ini, pertamanya marilah sama2 kita bersyukur terlebih dahulu, kita terselamat daripadanya, namun kejadian seperti ini sangat2 tragis dan ucapan takziah pada penduduk Jepun dan mangsa2 Tsunami. Tidaklah lengkap iman setiap insan jika tiada belas dan kasihan pada saudara-saudaranya. 

Bersabda Rasulullah s.a.w: 
“Kalian tidak akan masuk syurga sebelum kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman sebelum kalian saling mengasihi satu sama lain. Maukah kalian aku tunjukkan suatu perkara yang bila kalian kerjakan bakal menyebabkan kasih sayang di antara kalian? Sebarkan ucapan salam di antara kalian.” 
(HR Muslim)

Pentingnya ucapan istirja' ketika ditimpa musibah atau bencana sebagai mengingatkan kita kepada kekuasaan-Nya dan kita sebagai hambanya hanya mampu berserah dan bersabar.  

  إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
 “Sesungguh kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Apa yang diperlihatkan daripada liputan2 berita menunjukkan ketabahan mangsa tsunami dan rakyat2 Jepun dalam menangani musibah dan ujian ini. Walaupun kesedihan dan kerugian yang dialami mereka, namun dari perspektif yang dapat dilihat mereka tenang menghadapinya. Saya kagum! Alhamdulillah, mereka tidak berputus asa dan cekap menangani situasi ini. Adakalanya terfikir, jika ditimpakan Allah kepada kita musibah sebesar ini, mampukah kita sebagai umat-Nya bersabar dan tenang? Mampukah kita redha dan tidak menyalahkan qada' dan qadar-Nya? Wallahua'lam... Minta dijauhkan musibah ini, namun kita sebagai hamba-Nya hanya mampu redha atas setiap ketentuan yang bakal menimpa. 

Takziah, takziah dan takziah pada mereka yang ditimpa musibah dan diuji oleh-Nya, sesungguhnya ia juga adalah sebagai peringatan kepada yang lain. Namun ada juga kata2 yang tidak elok, seperti gah dan bangga mengatakan bahawa ia adalah akibat angkara dan perbuatan penduduk2 negara itu. Haruslah kita beringat2 atas setiap yang dikeluarkan dari mulut dan perbuatan kita.

 Allah berfirman
إِنَّ اْلإِنْسَانَ لَيَطْغَى. أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى
“Sesungguh manusia benar-benar melampaui batas kerana dia melihat diri serba cukup.”


Secara peribadi saya berpendapat bahawa, hanya Allah mengetahui apa yang ditimpakan oleh-Nya pada setiap individu. Tsunami yang melanda ini samada adalah akibat dari kerosakkan yang dilakukan manusia atau adalah proses semulajadi alam, semuanya adalah diluar pemikiran kita. Disebabkan itu kita xboleh menilai dan meletakkan salah pada mereka yang ditimpa bencana ini dan yang terbaik adalah membantu sedaya mungkin, memberi sokongan bagi mereka terus gigih membentuk semula kehidupan serta sebagai umat Islam, kita berdoa agar saudara2 kita ini sihat sejahtera. Meringankan beban yang ditanggung adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah dan membantu mereka, menuding jari bukanlah penyelesaiannya.

Sedikit paparan kejadian tsunami di Jepun bagi iktibar kita bersama. (Cdt to http://melayukini.net )

Tsunami setinggi 10 meter yang melandar bandar Iwanuma

Lapangan Terbang Sendai selepas dilanda oleh tsunami setinggi 10 meter

Pusaran air sebelum tsunami di pantai Ibaraki

Kebakaran di tempat penapisan minyak Ichihara selepas gempa bumi berlaku

 Beristighfar dan bermuhasabah diri. Marilah kita sentiasa beringat2!

0 comments: