Pages

Tuesday, March 1, 2011

Sifat Syukur

Alhamdulillah. Setiap hari, bmula tiap pagi kita terjaga dari tidur, ucapan 'Alhamdulillah' terpacul dimulut. Alhamdulillah syukur pada Allah yang masih menyayangi kita, memberi kita peluang untuk terus hidup di muka bumi ciptaan-Nya. Syukur pada Allah kerana masih mampu bergerak, dikurniakan pancaindera lengkap, kesihatan yang baik dan kehidupan yang aman dan sejahtera. Kesyukuran dipanjatkan juga kerana memperolehi rezeki yang baik, berkat dan halal, keluarga yang bahagia dan mudah-mudahan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Tak terucap rasanya kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. Alhamdulillah.

Tapi, sejauh mana kita ingat dan sedar akan pentingnya sifat bersyukur ini? Bukanlah menuding jari ke arah orang lain, tetapi diri sdiri pon di'remind'kan pada masa yang sama. Sangat lalai dan leka apabila kita mendapat sesuatu rezeki, dipermudahkan segala masalah... tanpa sdikit pon kita ingat pada-Nya. Astaghfirullah. Setiap suap rezeki yg masuk ke mulut itu dengan ucapan 'Bismillah', dapatlah dihindarkan dari segala unsur keraguan dan moga kebaikan dan berkat sesuatu rezeki dalam tubuh badan kita. Namun, setelah kenyang, sudah berkali-kali sendawa dan tersandar akibat kekenyangan, adakah syukur itu diucapkan?

Malah bukan itu saja, dengan setiap kemudahan yang diberikan Allah s.w.t kepada kita walaupun sekecil-kecil kelapangan, adakah kita sedar akannya? Contoh seperti kita dalam suatu perjalanan atau sebagai musafir. Setiap perjalanan itu ada saja pancaroba dan halangan, namun jika destinasi dan perjalanan yang dirancangkan itu dapat diselesaikan atau berjaya ditempuhi tanpa sebarang kejadian tidak diiingini, adakah terdetik ucapan syukur itu. Walau sekecil-kecil kejadian pon, syukur itu harus dipanjatkan menunjukkan kita, mengakui sebagai hamba-Nya yang lemah, tidak mampu menolak qada' dan qadar Allah redha dan berserah pada-Nya atas setiap yang berlaku.

Banyak lagi dugaan dan halangan yang melanda hamba-Nya yang lain, bukan kita saja yg diuji pelbagai ketentuan. Telah dinyatakan bahawa, setiap sesuatu kejadian itu tidak akan ditimpakan ke atas seseorang melainkan Allah mengetahui bahawa dia mampu menempuhinya. Jadi kita adalah insan yang terpilih untuk menghadapi sesuatu ujian ini, bagaimana kita memberikan 'respond' pada sesuatu kejadian itu adalah cara kita membuktikan tahap kesabaran dan kesyukuran kita pada-Nya. Wallahua'lam.

Apa yang dapat disimpulkan disini, kesyukuran adalah sifat yang penting perlu wujud dalam diri setiap hamba-Nya. Jangan kita lupa untuk mengucapkan syukur pada-Nya atas setiap yang berlaku dalam hidup kita walaupun secara luarannya tak seperti yang kita inginkan tapi Allah Maha Mengetahui atas setiap yang berlaku. Jika betul cara kita mengatasinya dan sentiasa ingat pada-Nya, InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Jadi marilah kita sama-sama berdoa agar menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan bersifat qanaah. Amin.

0 comments: