Wang, Duit, Keuntungan ... Siapa yang xsuka kn? Terutama bila ia adalah hasil daripada titik peluh, penat lelah berkerja. Setiap tahun, ada saja company yang telah meraih untung hasil dari perniagaan menunjukkan penghargaan pada setiap pekerjanya berdasarkan pernilaian prestasi dan komitmen yang dipamerkan pekerja tersebut. Begitu juga bagi setiap pekerja, menantikan sesuatu berita baik yang bakal memberikan impak pada prestasi kerja pada masa hadapan. Namun, xsemua mengapai apa yang diimpi, menerima berita baik ataupun dinilai prestasi walaupun setiap tahun memberikan komitmen terhadap kerjaya 100%. Itu semua bergantung kepada rezeki dan qada' dan qadar Allah. Kita sebagai umat-Nya hanya mampu redha, berserah dan serterusnya berusaha yang terbaik.
Perlukah ganjaran seperti itu diberikan? Wajarkah ganjaran itu dijadikan sebagai peransang pada setiap pekerja untuk memberikan komitmen untuk bekerja? Apa pendapat anda?
As for me, memang penting, perlu dan wajar sekali jika company itu menunjukkan dan memperolehi keuntungan pd tahun tertentu kerana ia juga adalah hasil daripada apa yang diusahakan para pekerja. Selain itu, dengan memberikan ganjaran pada pekerja, lebih2 lagi berdasarkan pernilaian prestasi ia dapat meningkatkan daya saing antara pekerja untuk bekerja dengan lebih tekun lagi. Jika tidak ada keuntungan berganda yang diperolehi sekali pon, sedikit sagu hati juga boleh diberikan sebagai tanda penghargaan atas budi bicara pihak atasan sesuatu company. Itu hanyalah satu pendapat. Bagi yang pernah mendapat ganjaran daripada pihak atasan, bersyukurlah dengan setiap rezeki yang diberikan. Bagi yang tidak pernah mendapat ganjaran itu, tidak semua rezeki diberikan Allah seperti yang kita inginkan kerana Dia mengetahui setiap sesuatu dan mungkin juga ia diberikan dalam bentuk yang lain. Yang penting, kita sentiasa bersyukur. Wallahua'lam.
Apa pun... berita dari pihak atasan sedang ditunggu oleh kawan2, samada mendapat berita baik atau sebaliknya...sama2 kita tunggu. Hanya pesanan, janganlah meletakkan harapan yang tinggi atas setiap perkara dan khabar angin yang disampaikan melalui sumber yang tidak sahih. Takut2 kecewa nnt.. :-)
Alhamdulillah atas setiap rezeki dan rahmat yang diberikan oleh-Nya.
0 comments:
Post a Comment