Assalamualaikum. Sedikit perkongsian pada hari Jumaat yg mulia dan penuh barakah ni mengenai isu 'berjalan di atas duri'. Topik ni adalah topik perbincangan di Warna Pagi radio IKIM FM bersama penceramah undangan Ustaz Syed Mohd Norhisyam. Apa yang bole dirungkaikan dari makna isu ini adalah berkenaan sifat takwa. Sangat detail penjelasan ustaz, yang merangkumi kehidupan seharian kita sebagai manusia, tanggungjawab kepada-Nya juga sebagai insan di muka bumi Allah s.w.t. Begitu juga dengan persoalan dan perkongsian dari para pendengar radio IKIM yang tidak jemu memberi input dan huraian yang bernas! Syabas!!! (Bukan promo utk radio IKIM, tapi salah satu cara dakwah...mengajak pada kebaikan. InsyaAllah. Perkongsian setiap pagi yang sangat bermanfaat!)
Personally, saya memang suka dengar dakwah dari penceramah bebas ni, Ustaz Syed Mohd Norhisyam is one of favorite pendakwah. Kata2nya berjaya menusuk jiwa dan membuka mata si hati kering ini. (huhuh... bukan mudah untuk berdakwah dan diterima ramai) but his approach really has attracted me and made me stunt in front of TV or while listening to radio. Most of us bila dengar ceramah je, baru ustaz or pengerusi majlis intro...mula la gatal tangan switch to other channel. Hehehhe that was normal.. But now, after following his talk, I became more and more interested to listen.
Anyway, sudah lari topik... Tentang talk pagi td, even Siti and Pian (DJ Warna Pagi IKIM FM) terdiam pabila ustaz mula mengupas mengenai topik ini. Sifat Takwa ini sangat menyeluruh, iaitu menyentuh kepada amanah, tanggungjawab dan kepercayaan. Ada diceritakan juga tentang penyebaran fitnah kepada diri Aisyah r.a. (isteri Nabi Muhammad s.a.w) yg pernah didakwa berzina oleh orang munafiq. Na'uzubillah... Sampai ke pengetahuan isteri Ayoub (xcompletely ingt siapa...) dan dia menyampaikan kepada suaminya bahawa Aisyah r.a. telah berzina. Maka, soalan Ayoub pada isterinya, jika kamulah...adakah kamu akan berzina? Maka jawab si isteri...tidak sama sekali. 'Jelas, Aisyah r.a. jauh sekali akan membuat perkara demikian kerana sesungguhnya dia adalah lebih kuat keimanannya dari kamu' jawab ayoub pada isterinya. Wallahua'lam. Apa yang dapat dirumuskan disini adalah sifat takwa ini mencermin dan mengukur kepercayaan dan keimanan seseorang. Fitnah yang dilontarkan kepada 'Ummul Mukminin' itu adalah satu kisah sebagai pengajaran kepada kita bagaimana fitnah itu tersebar dan bagaimana kita sebagai umat Islam berhadapan dengannya. Jelas sekali Ayoub adalah seorang yg penuh ketakwaan dalam diri. Ustaz Norhisyam juga ada menyebut bahawa, kita telah dikira sebagai bersubahat dalam penyebaran fitnah itu walaupun dengan hanya mengiyakan... Selain itu, dosa memfitnah ini hanya akan terlerai apabila yang diaibkan bebas dari tuduhan palsu itu bilamana si penfitnah ini declare kepada khalayak ramai yang ia hanyalah fitnah semata. Wallahua'lam.
Dalam perbincangan ini ada juga membincangkan takwa dari segi amanah. Amanah terhadap tanggungjawab..contohnya sebagai pekerja dan majikan. Ini biasa berlaku, saya pon xlari darinya... Astaghfirullah... There was a phone call from pendengar IKIM bertanya soalan yang begitu interesting that is, 'Perkataan takwa itu selalu disebut dimulut, tetapi xsampai dihati...maknanya... Sekarang kita berjalan pon dah xrasa sakit even duri tu da mencucuk2 kaki...macamana yer ustaz?' (Ayat telah diubah suai mengikut pemahaman...akibat xingt ayat yg exact) Benar, kadangkala kita leka dan lalai walaupun seringkali kita menyebutnya...tapi tindaktanduk kita tidak mencerminkannya. Ustaz ada mengatakan tentang penerapan akidah dalam diri adalah penting. Bak kata ustaz, menjadi orang yang berkira dalam menjalankan ibadat dan tanggungjawab, sehinggakan dosa '20sen' pon kita xsanggup nk buat. Mengupas tentang surah luqman (ulasan perkongsian),dimana luqman menasihati dan membimbing anaknya dalam menjadi Umat Islam yang beriman dan bertakwa pada Maha pencipta dan sekalian makhluk. Jika dibandingkan dengan masa kini, ramai ibu bapa menerapkan rasa takut itu pada 'hantu' dan kepercayaan karut. Kenapa tidak dijadikan dan diterapkan bahawa Allah lah yang berkuasa dan takut pada-Nya.
Semoga menjadi iktibar. Banyak lagi kisah dan perkongsian pagi tadi, yang gagal saya kongsikan. Tidak lengkap rasanya, tapi...harapan agar kita dapat dengar perkongsian seterusnya pada Jumaat akan datang InsyaAllah. Semoga hiburan itu bukan sahaja untuk halwa telinga, malah dapat membersihkan hati dan jiwa dari noda2 dan titik hitam yang menggelapkan hati..InsyaAllah.
Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat. Untuk manfaat bersama =)
0 comments:
Post a Comment