Didalam hadis nabi yang bermaksud:
“Daripada Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki berjumpa dan berkata kepada Rasulullah s.a.w: “berilah wasiat kepadaku” lalu Rasulullah bersabda kepadanya “jangan marah”. Lalu lelaki itu mengulangi pertanyaannya berulang kali, sabda Rasulullah: “jangan marah”.
Pernah berasa marah??? Marah pada seseorang, pada kejadian yg berlaku atau apa saja. Seperti ayat di atas, kemarahan adalah perkara yg berulang kali ditegah dan diseru oleh Rasulullah s.a.w. supaya dielakkn. Ini adalah kerana kemarahan seumpama bara dari api neraka. Nauzubillah...
Perasaan marah tanpa dikawal akan membuak2 akibat dari bisikan syaitan dan iman yang lemah. Apabila gagal dikawal, pelbagai kejadian tak diingini berlaku dan diri seseorang menjadi tak rasional dan kelak menyesal atas perbuatan yang tak disengajakan. Keaadaan hilang kawalan ketika marah ini sinonim dengan ketidakwarasan fikiran. Sebenarnya, ketika kita sedang marah, ia menunjukkan kelemahan kita ketika mana ia dilepaskan tanpa pertimbangan yang waras. Begitulah yang di anjurkan Rasulullah s.a.w dan sifatnya yang patut dicontohi, sifat sabarnya yang sangat dikagumi para sahabat dan kita sebagai umat Islam.
Sejarah ada menceritakan tentang sifat Muhammad s.a.w ini dimana baginada mempunyai seorang jiran yang berbangsa yahudi, yang mana jiran ini sangat2 ingin benci akan Rasulullah s.a.w. Pelbagai perkara dilakukan seperti dicampakkan najis , dibiarkan duri ditgh jalan baginda dan sebagainya.Namun, baginda ini sangat2 penyabar orangnya, tidak satu perkara pon dibalas. Sehinggalah suatu hari, dimana baginda sedar tiada lagi kejadian seperti ini berlaku selama beberapa hari. Baginda menjadi runsing dan pelik. Lalu baginda membuat keputusan untuk menziarahi jirannya itu. Didapati, jirannya terlantar sakit, dan baginda telah membalas apa yang dilakukan dengan menjaga jiran yang sakit itu sehingga sembuh. Sifat Rasulullah yang sangat mulia itu telah menyedarkan dan membuka hati jirannya untuk memeluk Islam. Allah Maha Berkuasa. Wallahua'lam.
Begitu tinggi tahap kesabaran baginda yang perlu dicontohi, jika dibandingkan dengan ujian yang kita hadapi setiap hari tidaklah dapat dibandingkan dengan ujian ke atas baginda. Namun kita mudah hilang kawalan dan pertimbangan atas sesuatu qada' dan qadar Allah itu. Ada pelbagai cara yang dianjurkan dalam Islam bagi mengawal kemarahan dan mendapatkan ketenangan fikiran dan emosi. Penawar hati...

Kekuatan itu bukan terletak pada orang yang pandai bergelut, tetapi ia terletak pada orang yang pandai menguasai nafsunya ketika marah.
(Riwayat Al-Bukhari)
Antara penyelesaian bagi mengawal kemarahan adalah:-
- Perbandingan antara ujian yg berlaku ke atas kita dan Rasulullah lantas mjadikan baginda sebagai idol.
- Sentiasa beringat akan kesan kepada setiap perkara yang bakal berlaku akibat hilang pertimbangan.
- Sentiasa berzikir dan berdoa kepada Allah agar dijauhkan dari bisikkan syaitan dan terpelihara dari sifat yang berlebih-lebihan.
- Mengubah keadaan atau posisi diri ketika sedang marah. Imam Ahmad dan Abu Daud meriwayatkan daripada Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang daripada kamu marah dalam keadaan berdiri, hendaklah dia duduk, sekiranya dia melakukan demikian boleh menghilangkan kemarahannya dan jika tidak, maka hendaklah dia berbaring.”
- Berdiam diri dan beristighfar bagi mengelakkan mengeluarkan perkataan yang tak diingini.
- Berwuduk seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w :
“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dijadikan daripada api. Maka, barangsiapa yang marah hendaklah dia berwuduk.”
Redha diatas setiap ketentuan Allah dan bersyukur bahawa setiap ujian dari-Nya ada hikmah disebaliknyaSemoga kita tgolong dari org2 yang bersabar dan dijauhi dari azab api neraka. Amin.
Kesabaran menguji iman setiap insan. Be patient ya!
0 comments:
Post a Comment