Pages

Wednesday, March 16, 2011

School Holidays & Wedding! I'm sharing mine...


Bila musim cuti skolah jek, banyakla dapat jemputan kenduri kawen ni. Banyak sampai xter'attend', yang dapat dtg pon yg dekat2 and yg 'penting2' je. Bukanla yg xdpt attend tu xpenting, tapi maksudnya ada priority la kn. Mana la larat nk attend 2-3 wedding shari, bengkok kaki ni. Badan letih, kaki penat... yang dalam perut ni pon berpusing2. hikhik... Sori pada kwn2 yang mengadakan kenduri kendara tanpa khadiran saya! Xpe, xpenting pon kehadiran saya selagi majlis tu dapat diteruskn. Tapi maaf juga kerana terpaksa menolak dan sekali gus tidak mhadirkan diri atas sebab2 tak dapat dielakkn. Da masuk bulan ke-7 ni, rasanya weekend semakin pack dengan aktiviti... dan ahad adalah hari 'wajib' balik ke Cheras, kalo xbalik tu...rasa cm xcomplete. 

Tp insyaAllah, mayb pada 27th March ni xdpt balik Cheras, sebab da book kelas antenatal kt DEMC. Xconfirm lagi eventhough da book, sbb organizer xcall untuk make payment. So, pending... encik nizam da dok risau pasal antenatal class ni, sbb die yang deal dgn organizer tu and da confirm ms gi checkup aritu, nama mmg in the list but xde dpt call lg dr diorg ... then the date da dekat tinggal bout a week ++ jek. Apa yg bole dibuat adelah, tenangkan encik nizam and make a plan... if the organizer xcall by next wednesday, then..encik nizam has to call the organizer for info. Yela, kami pon excited gak nak gi kelas tu (saya atau encik nizam? huhuhuuh) Encik nizam da survey on the activity for the day, and die lagi mengambil tahu lagi byk dr saya tentang perkara2 ni. huuhuh 'ayah sayang baby' la katakan.... tu yg encik nizam berkobar2 tu. hikhik ... 

Owh berbalik pada topik School holidays tadi, pasal kenduri kendara...teringat pulak zaman mula2 decide untuk berumahtangga. Merisik, Bertunang, Nikah, Kenduri Kendara... biasalah adat melayu. Sume pon telah selamat saya lalui. Alhamdulillah, selesai dengan baik tanpa sebarang kekusutan hutang piutang. Maklumla zaman sekarang ni kan, banyak skim pinjaman yang ditawarkan, digunakan oleh muda-mudi untuk menampung perbelanjaan perkahwinan. Tak salah pon jika mereka menggunakannya, cuma bergantung kepada kemampuan dan keperluan masing2. Janganlah setelah selesai majlis, salah faham terjadi akibat kegagalan melunaskan hutang2 ini nanti. Banyak persediaan yang perlu ada pada masa ini, terutamanya bagi pihak lelaki. Wang hantaran sekarang pon rata2 sudah mencecah RM10k, minimum. Belum lagi barang hantaran, mau 11 berbalas 13... terpulang pada setiap pasangan dan kehendak keluarga. Mas kahwin paling penting, dan baru2 ini, ada majlis agama islam negeri yang sudah 'update' jumlah terbaru bagi jumlah mas kahwin bg pasangan yang ingin berkahwin. (Sila update di website majlis agama islam masing2 yer)

Wah kusut dibuatnya bila difikir2 tentang belanja kahwin ni. Majlis kenduri kendara, sedikit rumit bagi yang berada di bandar sebab kne book dewan lebih awl (bagi yg ingin mengadakan majlis didewan), katering, mak andam, photographer dsb. Ada yang katanya, perlu book dewan 1tahun lebih awl bagi memastikan tarikh dan majlis yang dirancangkan dapat diadakan. (siyes, xtipu) Kad kawen skang pon da mcm2 design, kalo ikutkan nafsu...memang nak je bli yang cantik2 tanpa mgira harga, tapi malangnya kami tiada sponsor@ saya bukan anak hartawan. Bila difikir2 balik, kad kawen tu, akhirnya akan dibuang dan di'recycle'. membazir2... Disebabkan masa buat kad kawen tu, encik nizam yang baik hati men'sponsor', saya pon jadi xsmpi hati untuk membazir duitnya. hehehe (mata kelip2... *o* tima kasih yer encik nizam)
Lupa plak, prosedur kawen tu jangan lupa review ye! Borang2 yang perlu, HIV test, dsb... jangan last minit buat, nnt terkocoh2... maklumla mne tau tok kadi@ imam xramai. Masa saya nak jalani proses ni pon, saya mmg ada notebook untuk suma update and checklist. Maklumla, xde sape nk tlg uruskan, lagipon da terbiasa menguruskan diri sdiri.. anak perempuan pertama la katakan. Kalo ada kakak, bole la jugak sebuk2 sharing2 ye x... hikhik kakak ipar masa tu pon tgh sarat mengandung. Setiap checklist tu nnt, apa saja update akan diupdate kepada encik nizam sebagai reminder. (kita kne lebih organize dr orang laki ni, plus kdg2 diorg lupa sbb byk keje)

Tsenyum sdiri lak bila ingt balik time2 nk uruskan majlis sdiri, sebab rasa mcm uruskan perkahwinan orang lain, bz xhengat sehingga hari sebelum nikah...sebok gi pasar bli telur, bunga..mcm2 heheh tapi enjoy! Sebab Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan semua orang (family, jiran, kawan2) memberikan kerjasama 100%. (Terima kasih semua!) Terima kasih buat pengapit saya, Hawa! (ko kawen mmg aku xkn jadi pengapit la kn :p Anyway thanx sbb byk tlg!) Encik nizam juga!!! Banyak tlg dalam urusan majlis belah saya uhuk2 (terharu -_-" ) Memang bersyukur sebab majlis da selesai  dan berjalan dgn baik!(bg yg xkawen lg, korang akan tau mcmana rs lega itu)  

Checklist2 tu masih ada, bg yang nk, sila la komen ke email... masih ada dlm simpanan. Kalo nk any recommendation on tukang jahit, mak andam ke katering bole la disuggestkan... tp xtaula korang puas ati ke x. Tp yang masa wedding saya aritu, Alhamdulillah bab katering, ramai ckp sedap! Mak andam pon dapat bisnes kencang hikhik begitu jugak dgn pelamin. Saya recommend tukang jahit untuk baju nikah, sbb encik nizam sangat2 puas hati dgn jahitannya. Anyway, saya pon nk share few pic of my engagement and W-day! Enjoys...

Majlis bertunang selesai dengan selamat. Amin.


Hantaran Pertunangan (mine was cream-gold theme made by myself ^_^ )

My hantaran for wedding made by Khaula!
It is a long journey but as time goes by, it becomes a short and simple stories known as memories... but it's a sweet one!




0 comments: