Beauty? Beautiful? Perkataan 'cantik' yg di'translate' dr 'beauty' boleh dijelaskan dengan byk maksud dan pelbagai jenis huraian. Cantik dari sudut lahiriah atau batiniah. Terlintas untuk tulis tentang topik ni disebabkan beberapa perkara yang mengganggu minda, lantas mencari bahan bacaan sebagai reference... Antara favorite blogger dan ustaz yang terkenal dan aktif diblog ialah ustaz ' Saiful Islam' atau nama sebenar Ustaz Hasrizal. Disini beliau berkongsi cerita dan pandangan tentang isu yang sdg saya kupas.
Apa yang saya boleh katakan disini, bahawa kebanyakkan wanita zaman ini menafikan hak yang telah Allah berikan dan yang telah diperjuangkan Rasulullah s.a.w. Mengapa begitu? Allah telah terang2an memuliakan hak wanita dan Rasul-Nya juga telah berusaha membuang dan menghapuskan perspektif tentang wanita sejak dari zaman arab jahiliah dahulu, mengapa kita umatnya sekarang dengan mudah dan bangga menghambakan diri terhadap kecantikan mengikut budaya barat?
Perasaan runsing dan risau melihat lambakan gambar dilaman sosial muda mudi dengan pelbagai aksi yang jelas mencemar maruah dan harga diri mereka. Namun, sedarkah mereka? Terasa sedih dan sayu melihat gambar2 ini terpampang, sedangkan kita saudara seagama tidak mampu menegur dan berkata apa2. Mereka seakan2 bangga dengan apa yg dimuat turun. Geleng kepala...Teringat kepada Atok (nenek) yang pernah mengutarakan kerisauannya, antara perbualan biasa adalah tentang cucu2 yang kian dewasa dan membesar. Atok sentiasa risau akan cucu2 perempuannya yang sering tidak mengendah akan nasihat yang diberikan, namun atok tetap tegas dengan pendiriannya untuk tetap menegur walau tidak membuahkan hasil. Sayu hati tua itu menceritakan...Tegarnya dia menegur kerana tanggungjawabnya, saham akhiratnya, sayangnya dia pada si cucu ini. Seringkali 'Si Tua' itu berdoa agar diberikan Allah petunjuk agar mereka menemui iman sejati...
Kita sebagai umat Islam wajib memberi ingatan kepada sesama saudara dalam menyebarkan syiar Islam. Namun seberapa tabah dan tegaskah kita dalam tanggungjawab ini? Allah telah mencipta kita sebaik2 kejadian, mengapa perlu mengubah sesuatu kejadian Allah yang cantik itu? mengapa perlu ditayang dan di'expose' kepada khalayak sedang kita Umat Islam mengetahui hukum halal haram, serta aurat kita terhadap mahram dan sebaliknya. Kita, wanita tidak perlu menghambakan diri untuk menjadi tatapan umum kerana ia hanya akan menyebabkan kerugian dan mengundang kebinasaan pada diri sendiri. Jenayah rogol, sumbang mahram kian menular...akibat runtuhnya Iman dalam diri individu, kurangnya kepekaan kita sebagai wanita menjaga aurat walaupun dirumah. Kita sendiri yang mengundang bahaya ini. Namun, teraniayanya anak2 kecil akibat kerakusan bapa, abang dan penjaga akibat kelalaian manusia terhadap hak dan tanggungjawab mereka pada si kecik ini.
Wanita Islam itu cantik pabila bertudung litup, menutup auratnya dan penuh dgn sopan santun pabila bicara. Lebih manis dilihat begitu jika dibanding dengan wanita yang terdedah auratnya, dengan rambut mengerbang yang tanpa segan silu meniup asap rokok...berkepol2 diudara, gelak terbahak2. Apa pendapat anda? Yang mana lebih cantik dan manis? Ingatlah wanita2, 4 orang yang bakal ditarik bersama kita untuk dihitung amal...kerana mereka bertanggungjawab terhadap apa yang telah kita lakukan iaitu Bapa, Saudara Lelaki , Suami dan anak lelaki. Tidakkah ada rasa bersalah terhadap mereka walau sedikit pon, begitu besar tanggungan mereka terhadap kita.
Walau tidak dapat menegur secara terang2an namun sedikit kata2 nasihat dapat dikongsi disini bagi pedoman semua.
Wahai adik,
Kelahiranmu adalah detik indah bagi Ibu dan Ayah,
Kau kelihatan sangat suci dan cantik,
SubhanAllah...
Bak kain putih yg tanpa adanya noda,
Setiap yang ada padamu adalah kesempurnaan kurniaan Yg Maha Esa,
AllahuAkbar.
Namun Adik,
Satu ketika ku lihat kau dewasa,
Dengan mempunyai personaliti yang jauh berbeza,
Begitu juga penampilanmu yang berlainan,
Kau mengubah segalanya,
Segala kecantikan dan kesucian yang dikurniakan sejak azali,
Kau kelihatan berbeza,
MasyaAllah.
Adik,
Tidak pernahkah kau terfikir jasa ibu dan ayah,
Tulang empat kerat itu melahirkan,
'Si Tua' itu jugalah yang membesarkan,
Penat dan lelah mereka tak terbalas oleh kita,
Namun,
Sanggupkah adik menyeksa mereka di hari perhitungan,
Sanggupkah adik melihat 'Si Dia' menderita akibat perbuatan adik?
Mengapa sampai begitu sekali?
Astaghfirullah...
Adik,
Dalam hati kecil ini tersentuh rasa sayu,
Sayang tak berbelah bagi dan kerisauan yang menggunung,
Moga aku dikurniakan kekuatan bagi membantumu,
Agar aku diberikan keyakinan untuk membimbingmu,
Harapan semoga, tidak hanya aku yang berjaya dengan ujian dari-Nya,
Ku harap kau pon sama.
InsyaAllah.
Adik,
Ku pernah terbayang kau sangat cantik,
Kau sangat menarik,
Tatkala kau mengenakan hijab dan menutupi auratmu,
Hati ini menjadi gembira dan bersyukur,
Kau sangat cantik dan menarik,
Dengan kau menjadi muslimah sejati,
Dengan kau memelihara maruah diri,
Alhamdulillah.
You were born beautiful... Undeniable. It's Allah creation. SubhanAllah.
0 comments:
Post a Comment